Anda di sini

Honduras tahan tiga warga AS dalam kes pemerdagangan seks 

Advertisement
Pegawai polis mengiringi tiga rakyat AS dan seorang rakyat Honduras yang menutup muka dengan tangan ketika hadir di mahkamah di Tegucigalpa kelmarin. — Gambar AFP
Pegawai polis mengiringi tiga rakyat AS dan seorang rakyat Honduras yang menutup muka dengan tangan ketika hadir di mahkamah di Tegucigalpa kelmarin. — Gambar AFP

TEGUCIGALPA: Tiga rakyat Amerika Syarikat (AS) dan seorang rakyat Honduras telah diarahkan untuk ditahan kelmarin dalam kes pemerdagangan seks yang mengejutkan negara, selepas kehilangan seorang pelajar universiti pada 2022 ketika sedang bermain jet ski di sebuah kawasan pelancongan terkenal.

“Hakim mengeluarkan satu pertuduhan rasmi dan langkah berjaga-jaga bagi penahanan pencegahan untuk (rakyat AS) Harold Joseph Green dan William James Murdock,” kata jurucakap mahkamah di Tegucigalpa, Barbara Castillo.

Perbicaraan turut mengarahkan pendakwaan dan penahanan pencegahan ke atas Gary Lee Johnston dan Ramon Trejo bagi “penglibatan untuk melakukan jenayah,” tambahnya.

Kesemua lelaki itu dikatakan terlibat dalam pemerdagangan seorang wanita muda, katanya, dan berdepan dengan perbicaraan awal pada 8 Mei.

Green, Murdock dan Trejo ditangkap pada minggu lepas di Roatan di Bay Islands deakat Honduran Caribbean, sementara Lee ditangkap sejak Ogos 2022, dituduh sebagai berasal dari kumpulan pornografi kanak-kanak.

Seorang pelajar universiti Honduras berusia 22 tahun hilang pada 1 Januari, 2022 selepas keluar ke laut menaiki sebuah jet ski.

Pada mulanya polis mendakwa dia telah lemas, namun anggota keluarga menuntut siasatan kerana mereka mengesyaki dia telah diculik.

Jet ski wanita muda itu, jaket keselamatan dan barang-barang lain miliknya ditemui beberapa hari kemudian di sebuah pulau kecil.

Timbalan Menteri Keselamatan Julissa Villanueva menyatakan pada minggu lepas bahawa pihak berkuasa memiliki maklumat mengenai “siapa yang menculik dan apa yang berlaku ketika penculikannya.”

Mangsa masih lagi belum ditemui.

Tiga rakyat AS itu menetap di Honduras dan mempunyai pelaburan bagi pelancongan di Roatan. — AFP
 

Advertisement