Anda di sini

Sambut hari jadi sambil berjudi, 12 lelaki didenda RM3,000

Advertisement
 

MIRI: Padah main judi ketika meraikan hari jadi, 12 lelaki masing-masing didenda RM3,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kesemua tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan tersebut semasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini.
    
Elbert Jong Wei Jeck (38), Chong Wei Yi (27), Jee Ker Sen (35), Yee Kai Yuan (18), Fong Fwu Sheng (19), Simon Tsau Guey Ru (29), Tan Jin Cheng (30), Huong Voon Seng (35), Wong Teck Houng (39), Lo Fud Ted (32), Low Bppn Chong (28) dan Loo Chee Ming (29) telah didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka  (Akta 289) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
    
Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali.
    
Menurut keterangan kes, kesemua tertuduh didapati terlibat dalam aktiviti perjudian jenis poker di tempat awam.
    
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama pada jam 6.30 petang, 24 April lalu di sebuah lot di Jalan Taman Tai Foo 1, Dynasty Garden di Jalan Miri-Bintulu di sini.
    
Di hadapan mahkamah, kesemua tertuduh merayu hukuman ringan memandangkan ini adalah kesalahan pertama mereka.
    
Tambahan semasa kejadian, mereka sedang meraikan sambutan hari jadi tertuduh ke sebelas.
    
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman di hadapan Majistret Randu Rangen. Manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

  • oleh
  • Advertisement