Anda di sini

Lori balak terkandas akibat banjir kilat 

Advertisement
Keadaan lori balak terbabit yang terkandas di tengah-tengah Sungai Ulu Entaih, Pakan akibat banjir kilat pada Jumaat.
Keadaan lori balak terbabit yang terkandas di tengah-tengah Sungai Ulu Entaih, Pakan akibat banjir kilat pada Jumaat.

BINTANGOR: Sebuah lori balak terkandas di tengah-tengah Sungai Ulu Entaih, Pakan akibat kejadian banjir kilat berlaku di sungai tersebut pagi Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Nicholas Belulin berkata, pihak bomba menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 7.43 pagi.

"Sejurus menerima panggilan, dua anggota bomba dikerahkan ke lokasi terbabit yang terletak 81 kilometer dari balai.

"Ketika sampai di lokasi, anggota bomba mendapati sebuah lori balak berada di tengah-tengah sungai.

"Hasil pemeriksaan dan pemantauan anggota bomba mendapati lori itu kosong dan pemandunya tidak kelihatan," katanya di sini, pada Jumaat.

Menurut Nicholas, tiada operasi menyelamat dilakukan kerana kejadian ini itu melibatkan sebarang mangsa.

"Setelah memastikan keadaan selamat, anggota bomba terbabit semula ke balai," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement