Anda di sini

20 saman dikeluar dalam Ops Motosikal di Marudi

Advertisement
Visvanathan bersama anggotanya memeriksa salah sebuah motosikal dalam operasi tersebut.
Visvanathan bersama anggotanya memeriksa salah sebuah motosikal dalam operasi tersebut.

MARUDI: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Marudi mengadakan Ops Motosikal bersama pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis (IPD) Marudi pada Khamis.

Operasi itu diketuai oleh Ketua BSPT Marudi Inspektor G Visvanatahan bersama Inspektor Wan Mansor Wan Hashim.

Kawasan operasi merangkumi Pekan Marudi, Kampung Pemindahan, Kubu Marudi, Dataran Marudi dan jalan Stadium Marudi.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 23 motosikal telah diperiksa dan 20 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. 

Sebanyak enam saman dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu, tiada cermin sisi (3), tiada nombor pendaftaran (2), ekzos diubah suai (5), LKM tamat tempoh (3) dan satu saman nombor pendaftaran ranggi.
 

  • oleh
  • Advertisement