Anda di sini

178 ahli PAWE dirai dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri

Advertisement
YANTO
YANTO

TENOM: Seramai 178 ahli berdaftar persatuan warga emas (PAWE) di daerah ini akan diraikan dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri di perkarangan pejabat PAWE pada 30 April depan.

Pengerusi PAWE Yanto Rithauddeen @ Bijun berkata, majlis yang bermula jam 10 pagi itu dijangka dihadiri oleh orang-orang kenamaan.

Beliau menyatakan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat PAWE di sini.

Yanto berkata, PAWE ditubuhkan pada 22 September 2022 dan kini mempunyai 178 orang ahli dan dalam seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Tenom.

PAWE Tenom kini giat mempromosikan   pelbagai aktiviti termasuk rumah terbuka Aidilfitri supaya setiap warga emas dialu-alukan menjadi ahli katanya.

Advertisement