Anda di sini

10 jelitawan rebut gelaran Kumang Karnival Kebudayaan Durin 2024

Advertisement
Sepuluh peserta yang akan berentap untuk merebut gelaran Kumang Karnival Kebudayaan Durin 2024 yang akan diadakan pada malam 28 April ini.
Sepuluh peserta yang akan berentap untuk merebut gelaran Kumang Karnival Kebudayaan Durin 2024 yang akan diadakan pada malam 28 April ini.

SIBU: Seramai 10 jelitawan akan merebut gelaran Kumang Karnival Kebudayaan Durin 2024 yang akan berlangsung di Pekan Durin dekat sini pada malam 28 April ini.

Selain peserta tempatan di sini, pertandingan ini telah menarik beberapa peserta dari luar Sibu antaranya Kuching, Song, Kanowit dan Betong.

Mereka adalah terdiri daripada Audrey Amara Bachok, 23, dari Kuching, Astina Anabella Augustine, 21, (Song), Vanessa Grace Tali, 19, (Kanowit), Tifanny, 22 (Sibu), Clarissa Rinya Setian, 20 (Sibu), Floveena Debra Ningkan, 23 (Betong), Nicolyn Kimberly Raymond, 17, (Sibu), Ranisha Ismail, 21, (Sibu), Diyamirza Nantai David, 22, (Kanowit) dan Easter Jawai Paul, 27, (Betong).

Gelaran Kumang akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta piala iringan, mahkota, selempang, bunga dan sijil penyertaan manakala naib johan akan menerima RM3,000 beserta piala iringan, mahkota, bunga dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula akan memenangi wang tunai RM1,500 beserta piala iringan, mahkota, bunga dan sijil penyertaan.

Peserta pertandingan ini dikehendaki menggunakan 'Ngepan Iban' sebagai tema.

Pertandingan yang diadakan sempena penutupan Karnival Kebudayaan Durin 2024 itu dijangka akan disempurnakan oleh Menteri  Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada jam 7 malam.
 

  • oleh
  • Advertisement