Anda di sini

Jasad mendiang Joanna selamat tiba di Kuching

Advertisement
Kelihatan van jenazah TUDMyang membawa jasad mendiang Joanna keluar dari Pangkalan Udara TUDM Kuching sekitar jam 12.30 malam. - Gambar Chimon Upon
Kelihatan van jenazah TUDMyang membawa jasad mendiang Joanna keluar dari Pangkalan Udara TUDM Kuching sekitar jam 12.30 malam. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Pesawat membawa jasad mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna dari Ipoh, Perak selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching sebentar tadi.

Jasad mendiang yang dibawa menggunakan pesawat C-130 milik TUDM berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh, Perak dan tiba di Pangkalan Udara TUDM Kuching sekitar jam 11.54 malam.

Jasad mendiang yang turut diiringi ahli keluarga itu akan dibawa terus ke kampung suaminya di Kampung Engkeroh, Tebakang di Serian sebelum dikebumikan sekitar jam 9 pagi ini (25 April) di Tanah Perkuburan Kristian Kampung Engkeroh.

Joanna antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada pagi pada Selasa semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang TLDM ke-90. 

Terdahulu, media melaporkan dua helikopter TLDM iaitu pesawat Fennec (M502-6) dan pesawat HOM (M503-3) bertembung sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, pagi Selasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dipetik berkata, semua 10 mangsa yang berada di dalam kedua-dua helikopter itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, proses bedah siasat terhadap semua mangsa di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini selesai sekitar jam 2 petang, Rabu.

Jenazah lapan mangsa nahas helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut semalam, selesai disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Ipoh kira-kira 6 petang ini.

Sementara mendiang Leftenan T Sivasutan pula dibawa ke kediaman keluarganya di Sitiawan, Perak sejurus selepas proses bedah siasat selesai, manakala jasad mendiang Joanna diterbangkan ke Kuching.
 

  • oleh
  • Advertisement