Anda di sini

Doris hadiri upacara pelantikan Vicar Gereja Saint Luke Sri Aman 

Advertisement
Doris (kanan), Danald (empat kanan) dan Tony (tiga kanan) semasa upacara di Gereja Saint Luke Sri Aman, baru-baru ini.
Doris (kanan), Danald (empat kanan) dan Tony (tiga kanan) semasa upacara di Gereja Saint Luke Sri Aman, baru-baru ini.

SRI AMAN: Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodie telah menghadiri upacara pelantikan Reverend Tony Jilat George sebagai Archdeacon of the Lower Central Archdeaconry and Vicar Gereja Saint Luke Sri Aman yang baharu di gereja berkenaan, baru-baru ini. 

Terdahulu, upacara bersejarah itu turut dihadiri Bishop Datuk Danald Jute dan semua paderi dari sekitar Sri Aman.

Pada masa yang sama, beliau bersama kakitangan dari Pusat Khidmat Parlimen Sri Aman turut menyertai upacara sembahyang misa Ahad di gereja tersebut bersama kira-kira 1,000 penganut Kristian Anglikan tempatan.

Turut mengiringi beliau pada upacara berkenaan ialah Penyelia Pusat Khidmat Parlimen Sri Aman Suggom Sadai.
 

  • oleh
  • Advertisement