Anda di sini

32 sertai program permentoran PDRM zon tengah

Advertisement
Sesi perbincangan antara para peserta program di Wisma Pengaman IPD Sibu, semalam.
Sesi perbincangan antara para peserta program di Wisma Pengaman IPD Sibu, semalam.

SIBU: Seramai 32 orang telah menyertai Program Pementoran Zon Tengah Kontinjen Sarawak Siri 1 Bilangan 3 Tahun 2024 yang diadakan di Wisma Pengaman, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, para peserta yang turut menjayakan program tersebut terdiri daripada kalangan pegawai kanan dan pegawai rendah polis serta pegawai awam dari daerah-daerah zon tengah Sarawak.

"Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk membimbing pegawai dalam peningkatan prestasi kerjaya dan psikososial serta meningkatkan kemahiran dalam aspek profesional.

"Selain itu, ia juga menumpukan aspek budaya, sosial dan peribadi yang dapat menerapkan amalan pembelajaran berterusan melalui kemahiran asas menolong dan membudayakan kerja kelas pertama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, fasilitator yang menjayakan program tersebut ialah Pegawai Psikologi IPD Sibu Khairunnisa Mohd Mozie, Cecelia Minjah (Akrab Sibu) dan Ramlah Mahruf (Akrab Sibu).
 

  • oleh
  • Advertisement