Anda di sini

Lelaki cedera, kereta terbabas sendiri

Advertisement
 Kereta mangsa rosak di bahagian hadapan dan tepi selepas terbabas ke bahu jalan.
TERBABAS: Kereta mangsa rosak di bahagian hadapan dan tepi selepas terbabas ke bahu jalan.

SEMPORNA: Seorang lelaki cedera selepas kereta yang dipandunya terbabas di Jalan Pegagau Peringkat 3, di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.14 pagi

Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bomba bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pasukan operasi mendapati sebuah kereta telah terbabas sendiri ke bahu jalan dan terdapat seorang mangsa lelaki berusia 21 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki.

“Pasukan bomba mengeluarkan mangsa daripada keretanya dan terus memberikan rawatan awal,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Semporna untuk menerima rawatan susulan, sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.33 pagi.

  • oleh
  • Advertisement