Anda di sini

Pengguna kecewa diminta bayar bil bagi perkhidmatan yang tidak dilanggani

Advertisement
 Chew (kanan) ketika membantu pengadu yang menjadi mangsa dalam kes tuntutan itu.
PRIHATIN: Chew (kanan) ketika membantu pengadu yang menjadi mangsa dalam kes tuntutan itu.

SANDAKAN: Pengguna kecewa apabila sebuah syarikat perkhidmatan telekomunikasi menuntut pembayaran RM7,700 walaupun sudah menjelaskan bil.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, beliau menerima aduan berkenaan daripada seorang pengguna di sini.

"Saya dimaklumkan tuntutan berkenaan dikenakan kepada pengadu bagi perkhidmatan internet secara automatik bagi tahun 2019 sehingga 2020.

"Pengadu memang menggunakan perkhidmatan itu pada 2016 tetapi telah menamatkan langganan dalam tempoh tidak sampai 24 bulan (tanpa kontrak)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengadu telah mohon menamatkan perkhidmatan itu dan dimaklumkan bil terakhir. Pada pertengahan bulan Disember 2018, bil terakhir berjumlah RM790 dan telah membayarnya menggunakan kad kredit.

Bagaimanapun katanya, pengadu menerima panggilan daripada syarikat terbabit pada pertengahan 2019 bahawa mempunyai tunggakan berjumlah RM7,700 yang perlu dibayar.

"Pengadu sudah hadir ke pejabat syarikat berkenaan untuk menjelaskan perkara itu dan diberikan nombor rujukan mengenai kes itu.

"Nombor rujukan itu adalah untuk diberikan kepada panggilan dibuat oleh syarikat berkenaan yang mahu menuntut pembayaran tunggakan itu," katanya.

Chew berkata, setelah meneliti kes berkenaan beliau telah menulis surat kepada syarikat berkenaan dan pihak guaman bagi mempercepatkan proses penyelesaian kes itu.

"Pengadu mempunyai bukti pembayaran terakhir dan tidak pernah meminta penyambungan perkhidmatan internet terbabit," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement