Anda di sini

Joana, anak Kg Sumpas Tampek di Serian antara terkorban

Advertisement
Gambar Joana (kiri) yang dikatakan sempat dikongsi sebelum tragedi tersebut berlaku.
Gambar Joana (kiri) yang dikatakan sempat dikongsi sebelum tragedi tersebut berlaku.

KUCHING: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan seorang daripada 10 mangsa insiden dua helikopter yang bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak ialah Joanna Felicia Rohna.

Difahamkan, mendiang Joana, 24, merupakan anak kelahiran Kampung Sumpas Tampek, Jalan Batu 11, Serian, Sarawak.

Mendiang merupakan anggota Jabatan Agensi Keselamatan Awam yang berkhidmat di bawah TLDM berpangkat Laskar Kelas 1 JJM dan merupakan penumpang salah sebuah helikopter (M503-3) yang terhempas bersama enam lagi mangsa.

Mangsa yang turut terkorban ialah Komander Muhammad Firdaus Ramli, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun, Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy dan Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar.

Manakala, tiga mangsa dari sebuah lagi helikopter (M502-6) ialah Komander Muhamad Amir Mohamad, Leftenan Sivasutan Thanjappan dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

TLDM mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan pengurusan jenazah akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi Tentera Laut.
 

  • oleh
  • Advertisement