Anda di sini

MAWILLA 2 laksana program jiwa murni di Sandakan

Advertisement
 Khir Junaidi (dua kiri) dan Musa (dua kanan) menandatangani Papan Tanda Nama Trail Samudera dalam program berkenaan.
KERJASAMA: Khir Junaidi (dua kiri) dan Musa (dua kanan) menandatangani Papan Tanda Nama Trail Samudera dalam program berkenaan.

SANDAKAN: Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah menjayakan Program Jiwa Murni di bawah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Taman Hutan Hujan Sandakan, di sini semalam.

Program berkenaan dirasmikan oleh Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Khir Junaidi Idris dan Timbalan Ketua Konservator Hutan (Operasi), Jabatan Perhutanan Sabah, Musa Salleh.

Acara dimulakan dengan upacara menandatangani papan tanda sempena penamaan laluan meredah hutan sebagai ‘Trail Samudera’.

Menurut Markas Wilayah Laut 2 Sandakan berkata, perkataan Samudera yang bermaksud lautan yang luas telah dipilih kerana sinonim dengan tugas hakiki Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Katanya, program yang bermula sejak 17 April dengan penglibatan penuh warga MAWILLA 2 ini adalah antara aktiviti yang dirancang bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 pada 27 April nanti.

“Taman Hutan Hujan Sandakan dipilih sebagai lokasi pelaksanaan projek dengan kerjasama antara TLDM dengan Jabatan Perhutanan Sabah.

“Ia memandangkan lokasi itu juga berdekatan komuniti ‘The Navy People’ Sandakan untuk melaksanakan aktiviti riadah santai,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

 Warga MAWILLA 2 bergambar kenangan bersama Pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah.
KENANGAN: Warga MAWILLA 2 bergambar kenangan bersama Pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah.

Menurutnya, kerja-kerja pembaikan infrastruktur sedia ada seperti mengecat taman bunga, membersihkan laluan joging dan menaiktaraf laluan mendaki sepanjang 1.9 kilometer menjadi skop kerja utama yang diberi tumpuan sepanjang program ini berlangsung.

“Acara diakhiri dengan upacara penanaman anak pokok Tabebuia sp atau Sakura sebagai simbolik kepada program berkenaan.

“Semoga kerjasama yang sedia terjalin ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan demi manfaat bersama,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Panglima Wilayah Laut 2, P/Laksma Muhamad Shakir Salleh dan Pegawai Perhutanan Wilayah Sandakan, Jurimin@Janius Ebin.

  • oleh
  • Advertisement