Anda di sini

PKPR diharap beri impak positif kepada masyarakat setempat: Lee

Advertisement
Lee (tiga kanan) menerima cenderamata daripada Jamil pada Program Bersama Komuniti DUN N.75 Senadin 2024, pada Sabtu
Lee (tiga kanan) menerima cenderamata daripada Jamil pada Program Bersama Komuniti DUN N.75 Senadin 2024, pada Sabtu

MIRI: Pelaksanaan Program Komuniti di bawah Projek Rakyat (PKPR) Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan diharap dapat memberikan impak positif kepada komuniti setempat.

Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin berkata, semangat kebersamaan melalui program terbabit yang diselitkan dengan pelbagai acara akan membawa kepada pembinaan komuniti yang lebih berdaya tahan dan sejahtera.

"Antara pengisian PKPR ialah program ‘Kita Jaga Kita’, saringan kesihatan, program mengenali Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan program kesedaran mengenai 5R.

"Setiap program terbabit membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat setempat," ujarnya pada Program Bersama Komuniti DUN N.75 Senadin 2024 di Dewan Kampung Pengkalan Lutong, pada Sabtu.

Program itu turut mendapat sokongan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Pejabat Kesihatan Bahagian Miri dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu, program itu secara langsung dapat membina hubungan lebih baik dalam kalangan penduduk kampung dengan menjadikan komuniti lebih bersatu padu.

"Pada masa sama, masyarakat kita harus mementingkan kesihatan dan kelestarian alam agar kita semua sentiasa dalam keadaan sihat dan mempunyai alam sekitar yang terjaga.

"Oleh itu, penglibatan pihak lain pada program ini amat kita hargai dan diharapkan para penduduk di sini mengambil peluang yang ada terutamanya di bahagian saringan kesihatan agar kita mengetahui tahap kesihatan masing-masing," katanya.

Menurut Lee, program mengenali SDG dan kesedaran 5R pula membawa kesedaran tentang pentingnya menjaga dan melaksanakan amalan yang mampan untuk kelestarian alam sekitar.

"Semoga usaha bersama kita ini akan membawa kebaikan kepada kesemua komuniti di sini," tambahnya.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Lestari Majlis Bandaraya Miri Kaunselor Jamil Bujang.
 

  • oleh
  • Advertisement