Anda di sini

Makan malam ulang tahun ke-95 SMK St Columba pada 9 November 

Advertisement
Karambir (tiga kiri) bersama Ha (dua kiri) dan  Simon (empat kiri) disertai oleh guru-guru untuk melepaskan peserta larian.
Karambir (tiga kiri) bersama Ha (dua kiri) dan Simon (empat kiri) disertai oleh guru-guru untuk melepaskan peserta larian.

MIRI: SMK St Columba akan meraikan ulang tahunnya yang ke-95 pada tahun ini dengan sambutan makan malam yang akan diadakan pada 9 November di Hotel Imperial.

Pengerusi Persatuan Alumni St Columba Karambir Singh berkata, ulang tahun itu adalah untuk menandakan penubuhan sekolah itu pada 1929.

Beliau memberitahu, alumni akan menjadi penganjur utama dan disokong oleh Lembaga Sekolah serta Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) kedua-dua sekolah rendah dan menengah St Columba.

"Ini akan menjadi acara penting tahun ini bagi St Columba untuk memperingati pengasas sekolah Reverand Paul Chong En Siong," katanya kepada pemberita semasa Larian Jogathon yang diadakan di SMK St Columba pada Sabtu.

Tambah Karambir, beliau akan melepaskan jawatan Pengerusi PIBG SMK St Columba selepas memegang jawatan itu selama 12 tahun dan akan digantikan pengerusi baharu selepas pemilihan pada mesyuarat PIBG yang akan diadakan Sabtu depan (27 April).

Mengenai acara kutipan dana jogathon yang disertai ratusan pelajar dan ibu bapa, Karambir berkata kutipan dana akan menjadi usaha berterusan untuk mengumpul dana yang mencukupi bagi menampung penyelenggaraan sekolah.

Hadir sama Naib Pengetua Ha Pick Yieng dan Pengerusi Lembaga sekolah Simon Ilus.
 

  • oleh
  • Advertisement