Anda di sini

Lelaki buat hantaran berunsur ugutan, hina Premier Sarawak ditangkap

Advertisement
 

KUCHING: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran yang dimuat naik dalam media sosial yang berunsur ugutan dan menghina pemimpin, negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata (gambar) berkata, lelaki berusia 46 itu ditangkap dan kertas siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.

Menurutnya, tangkapan ke atas lelaki terbabit bagi membantu siasatan berikutan pihaknya telah menerima tujuh laporan berhubung kes berkenaan.

"Polis Kontinjen Sarawak telah menerima tujuh laporan polis berhubung satu hantaran berunsur ugutan dan menghina Premier Sarawak serta timbalannya dan Menteri Kerja Raya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujarnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama.

Kes itu juga, katanya disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaan dan lain-lain.

"Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh mengganggu ketenteraman awam," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement