Anda di sini

Doris puas hati pelaksanaan projek pembangunan di Sri Aman

Advertisement
Doris (dua kanan) sambil diiringi oleh Anjar (kiri), Suggom (dua kiri) serta yang lain semasa meninjau projek berkenaan.
Doris (dua kanan) sambil diiringi oleh Anjar (kiri), Suggom (dua kiri) serta yang lain semasa meninjau projek berkenaan.

SRI AMAN: Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Seri Doris Sophia Brodie berpuas hati dengan pelaksanaan beberapa projek pembangunan di kawasan Sri Aman yang telah diluluskan melalui Projek Khas di bawah Kawalan 2023.

Beliau yang berkesempatan melakukan tinjauan terhadap beberapa projek di kawasan berkenaan termasuklah melihat sendiri projek naik taraf Rumah Panjang Anjar Eddie di Kampung Sinjor, Sri Aman yang telah siap dilaksanakan secara bergotong-royong. 

Menurutnya, projek yang dilaksanakan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung itu adalah salah satu projek yang telah diluluskan melalui Projek Khas di bawah Kawalan 2023 sebelum ini.

“Setelah melihat sendiri keadaan projek tersebut, saya amat berpuas hati kerana beberapa projek yang telah saya tinjau telah siap mengikut tarikh yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau turut meninjau projek naik taraf Dewan Pakit di Rumah Ambrose Adir, Kampung Pakit A Sri Aman dan Projek Bina Baru Tandas Awam di Rumah Balai, Kampung Bait Ulu, Pantu, Sri Aman.

Turut mengiringi beliau meninjau projek berkenaan, Penyelia Pusat Khidmat Parlimen Sri Aman Suggom Sadai serta kakitangan dari Pusat Khidmat Parlimen Sri Aman, Tuai Rumah Mathew Uning.
 

  • oleh
  • Advertisement