Anda di sini

AADK Sri Aman adakan Program TOT Pemerkasaan Komuniti

Advertisement
Ketua masyarakat, ketua kampung yang hadir pada program mengambil peluang mendapatkan maklumat berkenaan dengan penyakit berjangkit semasa berkunjung ke kaunter Jabatan Kesihatan Bahagian Sri Aman semasa program berkenaan semalam.
Ketua masyarakat, ketua kampung yang hadir pada program mengambil peluang mendapatkan maklumat berkenaan dengan penyakit berjangkit semasa berkunjung ke kaunter Jabatan Kesihatan Bahagian Sri Aman semasa program berkenaan semalam.

SRI AMAN: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sri Aman dengan kerjasama Pejabat Daerah Pantu telah mengadakan Program TOT Pemerkasaan Komuniti bersama pemimpin dari kalangan komuniti di sekitar kawasan Daerah Pantu bertempat di Dewan Sri Pantu, Sri Aman, semalam.

Seramai 60 orang peserta telah menyertai program berkenaan yang melibatkan peserta terdiri daripada ketua masyarakat, ketua kampung dan penduduk setempat di daerah Pantu. 

Program tersebut diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan semangat dan mendayaupayakan peranan pemimpin komuniti untuk menangani permasalahan dadah dalam komuniti. 

Ia dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran peserta program dalam menangani masalah dan bahaya dadah. 

Selain itu, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman turut mengambil peluang membuka kaunter pameran kesihatan untuk memberikan nasihat individu dan edaran risalah berkenaan dengan penyakit berjangkit seperti demam denggi, rabies, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta kesedaran mengenai masalah kesihatan mental di kalangan masyarakat.

“ Pihak kita berharap agar ketua masyarakat dan ketua kampung yang hadir dapat menyalurkan maklumat-maklumat kesihatan kepada penduduk setempat untuk mencegah penyakit berjangkit di kawasan masing-masing,” ujarnya jurucakap Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman.

Turut hadir bersama pada program tersebut, Pegawai Daerah Pantu, Langgong Wasam.
 

  • oleh
  • Advertisement