Anda di sini

5,000 pengunjung meriahkan Aidilfitri Gagasan Rakyat Tambunan

Advertisement
 Victor merakamkan gambar kenangan bersama penerima-penerima bantuan di majlis itu.
ALBUM: Victor merakamkan gambar kenangan bersama penerima-penerima bantuan di majlis itu.

TAMBUNAN: Kira-kira 5,000 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Tambunan pada Rabu lepas.

Jamuan Aidilfitri itu yang diadakan di kediaman Ketua Wanita Gagasan Rakyat Tambunan, Datuk Hajah Amelia Ajun di Kampung Goliung Tambunan. Ia turut dihadiri pemimpin parti politik Gabungan Rakyat Sabah (GRS), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya.

Antara pemimpin yang hadir ialah Mantan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Lawrence Gimbang, Mantan Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Daniel Kinsik serta pemimpin lain.

Ketibaan tetamu dan pengunjung disambut oleh Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Tambunan, Dato' Victor P. Paut serta Ahli Jawatankuasa Pelaksana dan pemimpin Bahagian, Pergerakan Pemuda, Wanita serta Beliawanis Gagasan Rakyat bahagian Tambunan.

Sebaik tiba dimajlis itu, Victor meluangkan masa menyantuni pengunjung dan menyampaikan salam Aidilfitri.

Selain mernikmati pelbagai juadah Aidilfirti, tetamu dan pengunjung turut disajikan hiburan pentas Aidilfitri oleh artis jemputan tempatan, Felix Agus (Naib Juara Akademi Fantasia Musim Ketiga) dan Eleliah Bianus (Juara Sugandoi Tambunan 2023).

Di majlis itu, Victor turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada Pelajar Rumah Anak Yatim Tambunan (RAYT), AGM PIBG St. Martin Tambunan, polypaip graviti Kg. Kuyungon, dana pembelian tangki penduduk Kg. Bogian, komuniti gotong-royong dan kebersihan St. Thesesa Paroki, Tambunan, sumbangan kos pembedahan (Martina Anggi), sumbangan kepada Andreas Michael Angkangon.

Sumbangan kepada Fellyshynda Felix, sumbangan Tabika Kemas Kg. Sunsuron, sumbangan kepada Paroki St. Theresa bagi menjayakan UTK, sumbangan kepada Persatuan Karate Daerah Tambunan dan sumbangan kanopi berserta 50 buah kerusi bagi Kg. Monsorulung. 

Victor juga berkesempatan menghulurkan  sampul raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Para pengunjung yang ditemui menyatakan perasaaan sungguh gembira kerana dapat mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri dan berpeluang bertemu dengan rakan-rakan yang meraikannya. 

Victor, ketika ditemui media menyifatkan rumah terbuka ruang terbaik untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

"Apa yang bagus berkenaan rumah terbuka ialah kita bukan saja dapat menikmati pelbagai juadah tetapi yang paling utama...di sinilah semua kaum dan pelbagai agama dapat bertemu.

"Seperti juga perayaan-perayaan lain, sambutan Hari Raya Aidilfitri  sememangnya landasan utama mengeratkan keharmonian dan silaturahim dalam kalangan rakyat," katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement