Anda di sini

Masyarakat Orang Ulu tuan rumah sambutan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Miri 

Advertisement
Usat (duduk tengah) bersama Jawatankuasa Perayaan Gawai Bahagian Miri 2024 merakamkan kenangan pada sidang media di Miri, hari ini.
Usat (duduk tengah) bersama Jawatankuasa Perayaan Gawai Bahagian Miri 2024 merakamkan kenangan pada sidang media di Miri, hari ini.

MIRI: Sambutan perayaan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Miri kembali lagi tahun ini dengan masyarakat Orang Ulu sebagai tuan rumah.

Timbalan Pengerusi Penganjur Usat Bilong pada sidang media hari ini berkata, dua program utama akan menjadi acara kemuncak bagi sambutan Gawai Dayak tahun ini.

"Dua acara berkenaan ialah majlis makan malam Gawai Dayak dan pertandingan pentas akhir Keligit Orang Ulu, Dayung Sangon, Kumang Iban dan Keling-Belawan 2024.

"Untuk kedua-dua acara tersebut, ia akan berlangsung di Eastwood Valley Golf & Country Club pada 21 Mei depan," ujarnya.

Usat yang juga Pengerusi Persatuan Masyarakat Saban Miri Sarawak (PMSS) memberitahu, PMSS telah diamanahkan untuk mengendalikan penganjuran perayaan Gawai Dayak Peringkat Miri tahun ini.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dato Dennis Ngau merupakan pengerusi penganjur.

Jelas Usat, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah dijangka hadir sebagai tetamu kehormat sekali gus merasmikan majlis terbabit.

"Untuk majlis kali ini, pihak kami menyasarkan kehadiran 800 tetamu dan tiket jualan akan diedarkan untuk dijual," katanya.

Menurut Usat, mereka yang ingin membeli tiket berkenaan boleh menghubungi bendahari penganjur Caroline Siburat menerusi talian 012-851 8938.

Tiket semeja sepuluh orang boleh didapati dengan harga RM750, RM1,000 dan RM2,000.

"Selain itu, kami juga mengalu-alukan penyertaan belia wanita dalam pertandingan Keligit Orang Ulu, Dayung Sangon dan Kumang Iban yang dibuka untuk mereka yang berumur 18 tahun hingga 28 tahun.

"Manakala untuk penyertaan Belawan-Keling dibuka kepada belia lelaki bujang Dayak dan Orang Ulu berumur 18 hingga 30 tahun.

"Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Mei 2024 sebelum jam 7 malam," tambahnya.

Mereka yang berminat untuk turut serta boleh menghubungi pihak penganjur menerusi Loretta Herbert Madang (019-8360333), Kaunselor Romulus Charles Agan (019-8713484) untuk Keligit/Belawan Orang Ulu, Benika Angi (013-8401604), Leo Bundan (019-8898013) untuk Kumang/Keling Iban, manakala bagi Dayung Sangon boleh menghubungi Caroline Siburat (012-8518938) bagi keterangan lanjut. 
 

  • oleh
  • Advertisement