Anda di sini

KLSCCCI harap lebih ramai rakyat Sarawak terima Anugerah MyHero

Advertisement
Lu (dua kiri) dan Kong (empat kiri) masing-masing menyampaikan tanda penghargaan kepada Wee (tiga kiri) dan Lau.
Lu (dua kiri) dan Kong (empat kiri) masing-masing menyampaikan tanda penghargaan kepada Wee (tiga kiri) dan Lau.

SIBU: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCCI) berharap lebih ramai rakyat Sarawak akan menerima Anugerah MyHero tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Negara KLSCCCI Datuk Wira Richard Lau Chi Chiang berkata, ini kerana perpaduan di Sarawak berbeza dengan Semenanjung Malaysia.

"Peter Wee Eng Ming adalah penerima pertama dari Sarawak menerima anugerah ini.

"Saya berharap ini akan menggalakkan lebih ramai rakyat Sarawak menyertai anugerah ini. 

"Salah satu sebab kami berada di sini hari ini adalah kerana kami ingin mempromosikan program ini kepada anda semua," katanya pada Program Kunjungan Ke Sekolah dan Pengedaran Surat Khabar Anugerah MyHero 4.0 di Sekolah Menengah Wong Nai Siong, hari ini.

Sementara itu, Pengetua Lu Yew Hiiung berkata, tujuan Anugerah MyHero adalah untuk menggalakkan perpaduan negara dan keharmonian kaum.

Beliau berharap para pelajar dapat mengambil iktibar daripada perkongsian Wee dan sentiasa bersemangat untuk membantu mereka yang memerlukan.

Turut hadir ialah ahli lembaga pengurusan SM Wong Nai Siong Kong Chong Men.
 

  • oleh
  • Advertisement