Anda di sini

Hutan seluas 30 ekar di Bukit Shantung Luyang terbakar

Advertisement
 Keadaan hutan yang terbakar.
TERBAKAR: Keadaan hutan yang terbakar.

PENAMPANG: Hutan seluas 30 ekar di Bukit Shantung Luyang dilapor terbakar sejak jam 8 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Zeno Tinggalan berkata, 20 anggota dari tiga buah BBP termasuk BBP Penampang, Lintas dan Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi memadam kebakaran sebaik menerima panggilan jam 8.46 pagi.

“Kebakaran melibatkan hutan di atas bukit Jalan Shantung luyang seluas 30 ekar dan pasukan Bomba sedang memadam kebakaran melalui tiga kawasan.

“BBP Penampang menjalankan operasi dari bahagian atas Bukit Shantung diiukuti BBP Kota Kinabalu melalui kawasan Taman Jindo manakala BBP Lintas melaksanakan pemadaman melalui Sekolah Kebangsaan (SK) Luyang,” katanya.

Menurutnya, operasi memadam kebakaran turut dibantu 15 anggota dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sementara itu, pihak SK Luyang memaklumkan ibu bapa dibolehkan untuk menjemput anak masing-masing pulang bermula jam 10.30 pagi.

“Perkara itu disebabkan ketiadaan bekalan elektrik serta persekitaran sekolah dipenuhi asap kerana hutan di bahagian belakang kantin sedang terbakar.

“Kebenaran pulang awal ini adalah dengan kebenaran Guru Besar sekolah,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement