Anda di sini

Dua jentera berat untuk DUBS Marudi

Advertisement
Rose menyerahkan kunci jentera kepada Mujan pada majlis ringkas di Marudi, hari ini.
Rose menyerahkan kunci jentera kepada Mujan pada majlis ringkas di Marudi, hari ini.

MARUDI: Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Marudi menerima dua jentera berat daripada DUBS Holdings Sdn Bhd hari ini.

Peruntukan itu disampaikan oleh Pegawai Daerah Marudi Rose Edward Tarang mewakili Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil.

Menurut Rose, para kontraktor boleh menyewa jentera tersebut dengan kadar bayaran berpatutan bagi melaksanakan projek mereka dengan lebih lancar.

Dua jentera bernilai lebih RM500,000 itu disampaikan pada majlis ringkas yang turut dihadiri Presiden DUBS Datu Abang Helmi Tan Sri Ikhwan dan Pengerusi DUBS Cawangan Marudi Mujan Lah.

Hadir sama Pengerusi Majlis Daerah Marudi (MDM) Edward Mendai.

  • oleh
  • Advertisement