Anda di sini

Blue Walkathon 2024 di UPMKB Sabtu ini

Advertisement
Penaja acara merakam gambar kenangan.
Penaja acara merakam gambar kenangan.

BINTULU: Persatuan Advokasi Pendidik Awal Kanak-Kanak Bintulu (AECE) akan menganjurkan acara Blue Walkathon 2024 di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) pada jam 4 petang, Sabtu ini.

Acara ini ditaja MTT Shipping Sdn Bhd dan UPMKB pula bertindak sebagai penganjur bersama dengan sasaran penyertaan 1,000 orang.

Jurucakap penganjur Cyndi Ling Chui Sing berkata, objektif utama acara itu adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan persefahaman dalam komuniti mengenai kanak-kanak berkeperluan khas. 

"Acara ini juga bertujuan untuk menyediakan dan meningkatkan kefahaman kanak-kanak dengan pengalaman baharu," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Beliau berkata, sasaran penyertaan untuk acara ini ialah untuk keluarga dan saudara mara, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai dari Bintulu dan sekitarnya.

"Dengan menyertai Blue Walkathon 2024, orang ramai akan menyumbang kepada kejayaan program kesedaran ini agar lebih mudah untuk mencapai misi membela kanak-kanak berkeperluan khas," jelasnya.

Acara ini melibatkan dua kategori iaitu 5 kilometer (km) bermula jam 4.30 petang dan 2km pada jam 5 petang.

Yuran penyertaan untuk dewasa adalah RM10 dan kanak-kanak ditetapkan RM6.

Keterangan lanjut hubungi Cyndi di talian 012-8513737 atau Vennessa Kisun (013-9001680) atau e-mel [email protected].
 

  • oleh
  • Advertisement