Anda di sini

Bantu siasatan kes WTD, dua penjawat awam direman lanjut

Advertisement
 

SIBU: Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan tahanan reman dilanjutkan sehari lagi ke atas dua penjawat awam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menipu dan memalsukan dokumen melibatkan pengeluaran Wang Tidak Dituntut (WTD) berjumlah RM175,000.

Majistret Oon Kerk Chern turut membebaskan dua lagi suspek yang sebelum ini ditahan reman selama tiga hari bersama dua penjawat awam terbabit dalam kes berkenaan.

Kedua-dua suspek yang ditahan reman lanjut itu diperintah hadir ke mahkamah semula esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420/471 Kanun Keseksaan.

Terdahulu sebelum ini, tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 29 dan 42 tahun ditahan pada Ahad dan Isnin lepas bagi membantu siasatan berhubung kes menggunakan dokumen palsu bagi menuntut WTD milik tiga orang berbeza.

Suspek dipercayai menggunakan dokumen palsu seperti salinan sijil kematian palsu, salinan sijil probet palsu dan salinan surat akuan sumpah palsu untuk membuat tuntutan WTD milik mangsa.

Ketiga-tiga mangsa menafikan mengenali suspek yang membuat tuntutan tersebut dan hadir ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.

Berikutan laporan itu, empat suspek telah ditangkap pada 15 April lepas bagi membantu siasatan.

  • oleh
  • Advertisement