Anda di sini

Warga Jabatan Pertanian Sri Aman bergotong-royong indahkan landskap

Advertisement
Warga Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman merakam kenangan selepas program gotong royong menyiapkan landskap berkenaan semalam.
Warga Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman merakam kenangan selepas program gotong royong menyiapkan landskap berkenaan semalam.

SRI AMAN: Warga kerja Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman telah memeriahkan Program Gotong Royong sebagai persiapan menyertai Pertandingan Edible Landscape Pejabat Pertanian Daerah Pantu sempena Sambutan 100 Tahun Jabatan Pertanian Sarawak dekat sini semalam.

Antara lain, objektif program tersebut adalah untuk menyemai dan memupuk rasa bertanggungjawab warga kerja terhadap keindahan dan keharmonian pejabat.

Ia juga untuk mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja jabatan dalam menjaga keindahan pejabat dan keharmonian pejabat.  

Di samping itu, ia adalah untuk meningkatkan kesedaran warga kerja mengenai keindahan pejabat dan mencetuskan kreativiti dan inovasi bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif.

Dalam pada itu, sesi penilaian bagi pertandingan berkenaan dijadual diadakan pada 30 April ini.

Advertisement