Anda di sini

Majlis ramah-tamah Aidilfitri antara peluang erat hubungan: Penguang

Advertisement
Penguang mengetuai upacara memotong pulut raya bersama yang lain.
Penguang mengetuai upacara memotong pulut raya bersama yang lain.

MARUDI: Timbalan Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil berpendapat acara ramah-tamah Hari Raya Aidilfitri memberi peluang untuk mengeratkan hubungan tanpa mengira agama dan budaya, sama seperti ketika sambutan Gawai, Tahun Baharu Cina dan Krismas.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis ramah-tamah Aidilfitri di sini, baru-baru ini yang turut dihadiri Pegawai Daerah Marudi Rose Edward Tarang.

"Kita dapat duduk bersama, makan bersama tanpa mengira agama dan latar belakang, selain menghormati orang tua dan sebagainya," katanya.

Beliau seterusnya mengingatkan ketua masyarakat dan ketua kaum untuk memikul tanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat dan mengekalkan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi kemajuan ekonomi bersama.

Turut berucap pada majlis tersebut ialah Pemanca Jamel Sabel dan Rose.

Turut hadir ialah Pengerusi Majlis Daerah Marudi (MDM) Kaunselor Edward Mendai, Pemanca Randi Bundan dan Pemanca Wong Kiong Ching.

Advertisement