Anda di sini

Dua beradik maut MPV berlanggar dengan lori simen

Advertisement
MATHEW
MATHEW

KUCHING: Dua adik beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan lori simen di Jalan Sri Aman-Lingga semalam.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie berkata mangsa dikenali sebagai Joll Mohamad,56 dan kakaknya Latifah Mohamad,62, berasal dari Sri Aman.

Menurutnya, semasa kejadian kedua-dua mangsa bersama seorang lagi wanita menaiki sebuah MPV dipercayai dalam perjalanan dari Sri Aman menuju ke Lingga sekitar jam 1.15 tengah hari.

"Setibanya di lokasi kejadian, dipercayai MPV tersebut telah hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah lori simen.

"Impak kemalangan tersebut, pemandu dan seorang penumpang MPV disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik dari Hospital Sri Aman yang turut hadir di lokasi kejadian," katanya menerusi satu kenyataan.

Mangsa dikeluarkan dari dalam kereta dengan bantuan anggota bomba.
Mangsa dikeluarkan dari dalam kereta dengan bantuan anggota bomba.

Tambahnya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Sri Aman untuk tindakan selanjutnya.

Manakala seorang lagi penumpang MPV yang turut mengalami cedera parah turut dikejarkan ke Hospital Sri Aman untuk rawatan.

"Pemandu lori yang dikeluarkan pihak bomba dari dalam lori juga dibawa ke Hospital Sri Aman untuk rawatan," katanya.

Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • oleh
  • Advertisement