Anda di sini

47 beg darah berjaya dikumpul dalam kempen amal

Advertisement
 Para Ahli Jawatankuasa KRMTS diketuai Penasihat Datuk Robert Stidi dan Pengerusi Aloysius Wong, Unit Tabung Darah QEH diketuai Dr. Chong Lee Kheng dan Karitas St. Thomas More Kepayan diketuai Rev Fr Jeffri Gumu serta Willon Sikui merakamkan gambar kenangan.
ALBUM: Para Ahli Jawatankuasa KRMTS diketuai Penasihat Datuk Robert Stidi dan Pengerusi Aloysius Wong, Unit Tabung Darah QEH diketuai Dr. Chong Lee Kheng dan Karitas St. Thomas More Kepayan diketuai Rev Fr Jeffri Gumu serta Willon Sikui merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Badan Karistas St. Thomas More Kepayan berjaya mengumpul sejumlah 47 beg darah dalam satu kempen amal yang diadakan di sini pada Ahad lalu.

Menurut Rev Father Jeffri Gumu, kempen berkenaan dianjurkan bersama dengan Unit Tabung Darah Hospital Queen serta Kelab Rekreasi Mimpaagat Tokou Sabah (KRMTS).

Katanya, anjuran diadakan sempena sambutan Jubli Emas St. Thomas More Kepayan.

"Tujuan kempen derma darah ini selain membantu menyelamatkan nyawa, ia adalah untuk meningkatkan solidariti dalam kalangan komuniti setempat," katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Menurutnya, antara program-program lain yang akan diadakan sempena Jubli Emas St Thomas More Kepayan adalah Bazaar Open Day pada 18 Mei depan, Sukan Solidariti (22 Mei) dan Perayaan Kemuncak pada 22 Jun nanti.

 Penyerahan sijil derma darah kepada salah seorang penderma oleh Penasihat KRMTS Datuk Robert Stidi, Pengerusi Badan Karitas Willon Sikui, Pengerusi KRMTS Aloysius Wong dan Paderi Paroki St Thomas More Kepayan Rev Fr Jeffri Gumu.
TERIMA KASIH: Penyerahan sijil derma darah kepada salah seorang penderma oleh Penasihat KRMTS Datuk Robert Stidi, Pengerusi Badan Karitas Willon Sikui, Pengerusi KRMTS Aloysius Wong dan Paderi Paroki St Thomas More Kepayan Rev Fr Jeffri Gumu.
  • oleh
  • Advertisement