Anda di sini

Wanita mengaku miliki sekeping tiket loteri haram

Advertisement
 

MIRI: Seorang wanita didenda RM1,000 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas tuduhan memiliki sekeping tiket loteri haram.
    
Dumang Emban, 30, dari Sungai Rian, Sarikei didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1963 dan dihukum di bawah seksyen sama.
    
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
    
Menurut keterangan kes, tertuduh didapati memiliki sekeping kertas mengandungi catatan nombor ekor yang merupakan nombor loteri awam haram.
    
Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 5.45 petang, pada 9 April lalu di sebuah lot, Pusat Komersil Emart, Jalan Tudan di sini.
    
Pendakwaan dilakukan ASP Koay Kok Ping di hadapan Majistret Randu Rangen manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


 

  • oleh
  • Advertisement