Anda di sini

Miliki but belakang kereta secara tidak sah, lelaki didenda

Advertisement
 

MIRI: Seorang lelaki didenda RM500 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana kesalahan memiliki satu unit but belakang kereta secara tidak sah.
    
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Randu Rangen setelah tertuduh, Law Wei Jean, 28, dari Taman Tunku di sini mengaku bersalah atas tuduhan dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 37 (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil 1958 (Sarawak).
    
Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM500 jika sabit kesalahan.
    
Menurut keterangan kes, tertuduh didapati memiliki satu unit but belakang kereta dipercayai diperolehi secara tidak sah.
    
Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 10 malam, pada 10 April lalu di sebuah lot, Blok 5 Lambir Land District, Sungai Dalam di sini.
    
Pendakwaan dilakukan ASP Koay Kok Ping manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.
 

  • oleh
  • Advertisement