Anda di sini

Menipu: Dua penjawat awam antara empat individu direman 

Advertisement
Anggota polis membawa dua daripada suspek (kanan dan tengah) keluar dari bilik mahkamah di Sibu semalam.
Anggota polis membawa dua daripada suspek (kanan dan tengah) keluar dari bilik mahkamah di Sibu hari ini.

SIBU: Dua penjawat awam adalah antara empat individu direman tiga hari bermula hari ini kerana disyaki menipu dan memalsukan dokumen bagi pengeluaran wang tidak dituntut berjumlah RM175,000.

Majistret Romario Jonoi membenarkan permohonan reman memerintahkan keempat-empat suspek kekal dalam tahanan sehingga 18 April ini.

Sumber berkata, suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 29 hingga 42 tahun.

Tiga daripada mereka termasuk suspek wanita berjaya diberkas polis semalam manakala seorang lagi suspek ditahan semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420/471 Kanun Keseksaan.
 

  • oleh
  • Advertisement