Anda di sini

Kebocoran paip besar kini sedang diselenggara: Ricky

Advertisement
 Ricky (kanan) ketika meninjau kerja-kerja penyelenggaraan itu.
TINJAU: Ricky (kanan) ketika meninjau kerja-kerja penyelenggaraan itu.

SANDAKAN: Kebocoran paip besar di kawasan Jalan Lok Yuk Lama ke Bandar Indah di sini dijangka dapat diatasi dalam masa terdekat.

Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Karamunting, Ricky Voon berkata, pihak berwajib sudah menghantarkan kakitangan untuk menyelenggara masalah itu.

"Baru-baru ini, saya menerima aduan daripada penduduk mengenai kebocoran paip itu.

"Berikutan itu, masalah ini telah saya maklumkan kepada pihak berwajib agar bekalan air tidak dibazirkan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menghargai tindakan pantas pihak berwajib kerana kerja-kerja penyelengaraan dilakukan pada hari ini.

Hadir sama tinjau kerja-kerja penyelenggaraan itu ialah Ketua Masyarakat Cina Karamunting, Kapitan John Voon.
 

  • oleh
  • Advertisement