Anda di sini

Ting raikan sambutan Hari Raya Adilfitri bersama rakyat Piasau 

Advertisement
Ting (duduk, tengah) bersama Abdul Rahman (duduk, lima kiri) dan ahli-ahli keluarga beliau serta rombongan.
Ting (duduk, tengah) bersama Abdul Rahman (duduk, lima kiri) dan ahli-ahli keluarga beliau serta rombongan.

MIRI: Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Sebastian Ting mengambil kesempatan meraikan sambutan Hari Raya Adilfitri bersama ketua masyarakat dan ketua kaum serta kenalan di kampung-kampung dan perumahan kawasan DUN Piasau di sini hari ini. 

Beliau mengadakan kunjungan Hari Raya Aidilfitri ke lebih 20 kediaman sejak hari raya pertama hingga hari ini. 

Antara kediaman dikunjungi ialah Timbalan Datuk Bandar Miri Kaunselor Ariffin Mohamad, Pemanca Abang Mohamed Dato Sri Abang Othman, Penghulu Samad Alip, Temenggung Dato Abdul Rahman dan ketua-ketua kaum lain. 

Ting berkata, sebagai rakyat Sarawak ia umpama tradisi iaitu menyambut perayaan bersama tanpa mengira kaum dan agama termasuk perayaan Hari Raya Aidilfitri. 

“Kita boleh memperkenalkan budaya perayaan serta membawa semua orang bersama meraikan perayaan,” katanya.

Beliau memberitahu, perayaan ini diraikan dengan suasana penuh kegembiraan bersama ahli keluarga, rakan dan jiran tetangga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau itu ditemani rombongan ahli-ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Piasau, kaunselor Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan ketua-ketua masyarakat.
 

  • oleh
  • Advertisement