Anda di sini

Rumah terbuka Robert dan keluarga meriah

Advertisement
 Pengunjung kelihatan memenuhi setiap sudut dan ruang menjamu aneka juadah raya yang disajikan pada majlis rumah terbuka Robert dan keluarga di Taman Bandukan Riverside Resort.
MERIAH: Pengunjung kelihatan memenuhi setiap sudut dan ruang menjamu aneka juadah raya yang disajikan pada majlis rumah terbuka Robert dan keluarga di Taman Bandukan Riverside Resort.

# Pengunjung kelihatan teruja, gembira merayakan Hari Raya bersama

KENINGAU: Rumah terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik dan keluarga sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Taman Bandukan Riverside Resort, dekat sini begitu meriah yang dihadiri masyarakat daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, sambutan kali ini amat berbeza dengan penganjuran sebelumnya yang mencatatkan kedatangan pengunjung sekitar 15,000 orang sehingga lewat petang yang diadakan pada Hari Raya pertama.

Walaupun dijadualkan bermula pada tengah hari, namun kelihatan orang ramai mulai datang lebih awal bagi bertemu secara bersemuka dengan tuan rumah yang menanti pengunjung di pintu masuk utama majlis rumah terbuka itu.

Sambutan semakin meriah apabila orang ramai tiba selepas waktu yang dijadualkan tanpa henti dan Robert serta keluarga teruja menyambut tetamu dan rombongan yang tiba ke majlis rumah terbuka beliau.
 Robert dan isteri menyambut ketibaan Jeffrey dan keluarga pada majlis rumah terbuka beliau itu.
SAMBUT: Robert dan isteri menyambut ketibaan Jeffrey dan keluarga pada majlis rumah terbuka beliau itu.

Beberapa pengunjung yang ditemui menyatakan begitu teruja untuk datang ke majlis rumah terbuka Robert yang diadakan di Taman Bandukan Riverside Resort bagi bertemu dengan pemimpin mereka dalam suasana santai ditambah dengan 'mood' raya.

Pengunjung yang datang daripada jauh juga begitu teruja kerana bukan sahaja berpeluang disambut mesra oleh wakil rakyat tetapi juga gembira dapat menjejakkan kaki ke pusat peranginan di situ lebih-lebih lagi setelah dihiasi dengan dekorasi raya sehingga menaikkan lagi seri suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Selain dekorasi menarik dan menawan, pengunjung juga amat gembira kerana berpeluang menikmati aneka juadah raya dan kuih muih serta manisan yang dihidangkan pada majlis rumah terbuka Robert.
 Robert melayani sebahagian pengunjung yang hadir pada majlis rumah terbukanya yang diadakan itu.
MESRA: Robert melayani sebahagian pengunjung yang hadir pada majlis rumah terbukanya yang diadakan itu.

Majlis terus bertambah meriah apabila rakan kabinet bertandang ke majlis rumah terbuka Pembantu Menteri Kerja Raya itu yang dihadiri Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan; Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Flovia Ng dan lain-lain pada raya pertama.

Rakan-rakan politik dan pemimpin daripada parti lain yang turut hadir sama dalam majlis rumah terbuka itu secara tidak langsung menyerikan lagi sambutan berkenaan tanpa mengira fahaman bagi bersama-sama merayakan perayaan itu.

Robert ketika ditemui berkata, kehadiran masyarakat pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang ke majlis rumah terbuka itu jelas mencerminkan keutuhan kemakmuran dan pada masa sama membuktikan kehidupan masyarakat Sabah yang begitu harmoni.
 Pengunjung mengambil peluang mengabadikan gambar kenangan bersama Robert sempena majlis itu.
KENANGAN: Pengunjung mengambil peluang mengabadikan gambar kenangan bersama Robert sempena majlis itu.

Katanya, selain untuk menyambut Hari Raya penganjuran rumah terbuka beliau adalah manifestasi terhadap usaha-usaha memupuk perpaduan bagi memelihara ikatan silaturahim diantara masyarakat setempat dan sekitar kearah kesepakatan dan kemakmuran.

"Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas kehadiran semua masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan ke majlis ini dan semoga pertemuan ini akan mengukuhkan lagi ukhuwah dan silaturahim kita.

"Inilah masa kita semua dapat bersama-sama tanpa mengira apa fahaman politik dan juga anutan agama dan suku bangsa bagi mengeratkan lagi tali persaudaraan demi satu matlamat iaitu untuk memupuk perpaduan di Sabah amnya, " katanya.
 Keluarga besar Tawik merakamkan gambar kenangan pada majlis rumah terbuka itu sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
ALBUM: Keluarga besar Tawik merakamkan gambar kenangan pada majlis rumah terbuka itu sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
  • oleh
  • Advertisement