Anda di sini

PBS Melalap yakin kuota kerusi dikekalkan

Advertisement
 Gan bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Fredian bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.

TENOM: Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap Datuk Fredian Gan yakin kuota kerusi PBS akan dikekalkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi PBS Pusat berkata, DUN Melalap sentiasa menjadi kuota PBS pada setiap kali pilihan raya, walaupun sebelum PBS keluar dari Komponen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 lalu.

"Selepas itu PBS bersama membentuk kerajaan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuai oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor.

"Bagaimanapun, perkara itu terpulang kepada kebijaksanaan semua pemimpin dalam Komponen GRS untuk mengambil kira kawasan PBS termasuk Melalap yang pasti boleh menang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pemimpin veteran Wahab Timpai di Kampung Malindai Amboi baru-baru ini.

Katanya, PBS Melalap sudah bersiap siaga membuat strategi gerak kerja ujntuk berhadapan dengan PRN depan.

Menurutnya, ketika ini GRS Melalap belum mempunyai perbincangan rasmi mengenai persiapan menghadapi PRN.

Advertisement