Anda di sini

Dua laporan berkaitan kejadian tanah runtuh 

Advertisement

Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor terima laporan kejadian daripada Pejabat Daerah Pakan hari ini

: Keadaan hakisan tanah yang berlaku di jalan menuju ke Rumah Sumang, Sungai Merurun di Pakan.
: Keadaan hakisan tanah yang berlaku di jalan menuju ke Rumah Sumang, Sungai Merurun di Pakan.

“Sejurus menerima laporan, seramai dua anggota bomba dikerahkan ke dua lokasi terbabit yang terletak 63 kilometer dari balai.” 

Nicholas Belulin
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor 

Oleh Kepu Sidi

BINTANGOR: Dua laporan berkaitan kejadian tanah runtuh dan menjejaskan jalan utama menuju ke dua rumah panjang di Pakan diterima oleh Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut daripada Pejabat Daerah Pakan.

“Sejurus menerima laporan, seramai dua anggota bomba dikerahkan ke dua lokasi terbabit yang terletak 63 kilometer dari balai.

“Lokasi pertama dipantau oleh anggota bomba ialah jalan menuju ke Rumah Sumang, Sungai Merurun manakala lokasi kedua di Jalan Amut menuju ke Rumah Dinggai, Pakan.

“Hasil pemantauan itu, bomba mendapati kejadian tanah runtuh di kedua-dua lokasi terbabit berlaku di bahagian tepi jalan itu,” katanya kepada media di sini hari ini.

Namun katanya, jalan-jalan tersebut masih boleh dilalui kenderaan.

Menurut Nicholas, jalan agak terjejas teruk ialah Jalan Amut.

“Separuh jalan di lokasi runtuhan ditutupi oleh tanah dan hanya dapat dilalui sebuah kenderaan sahaja dalam satu masa.

“Bagi jalan menuju ke Rumah Sumang runtuhan terbabit hanya menutupi 30 peratus jalan sahaja.

“Hasil pemantauan juga mendapati struktur tanah di lokasi terbabit berada dalam keadaan tidak stabil dan berisiko untuk runtuh jika hujan lebat berlaku,” jelasnya.

Menurutnya, berdasarkan situasi itu anggota bomba memasang tali sawar-sawar di dua lokasi sebagai tanda peringatan dan amaran kepada penguna jalan raya yang melalui lokasi itu.
 

Advertisement