Anda di sini

Bumbung tambahan di rumah POCS Miri beri keselesaan kepada ahli: Chiew 

Advertisement
 Chiew memotong reben simbolik perasmian projek sengkuap rumah POCS Miri di Piasau Camp pada Sabtu.
Chiew memotong reben simbolik perasmian projek sengkuap rumah POCS Miri di Piasau Camp pada Sabtu.

MIRI: Pembinaan sengkuap atau bumbung tambahan di rumah Pertubuhan Orang Cacat Sarawak (POCS) Miri di Piasau Camp telah memberi keselesaan kepada ahli.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man berkata, projek bernilai RM25,000 itu telah dibina pada bulan Mac dan siap dalam tempoh dua minggu.

"Saya berpuas hati dengan kerja-kerja pembinaan. Dengan adanya bumbung ini telah memberi keselesaan dan membolehkan ahli menganjurkan lebih banyak program, " jelas Chiew pada Sabtu.

Beliau memberitahu, projek itu antara yang dimohon ahli-ahli kepada beliau dan telah terlaksana dengan jayanya.

Pernah dianjurkan ialah jualan rahmah dan sumbangan baucar 'Kembali ke Sekolah' kepada lebih 20 pelajar terdiri daripada anak-anak ahli.

Chiew berkata, penubuhan persatuan penting kerana membantu menjaga kebajikan ahli selain memperluaskan peranan mereka menerusi aktiviti yang dikendalikan bersama.

Hadir sama Lamudin Kasim yang turut berucap dan mewakili ahli.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan karaoke.

Advertisement