Anda di sini

130 pintu rumah pekerja terbakar

Advertisement
 Keadaan lokasi kejadian selepas kebakaran.
TERBAKAR: Keadaan lokasi kejadian selepas kebakaran.

TAWAU: Tujuh blok yang mempunyai 130 pintu rumah pekerja kilang musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Batu 42, Jalan Brantian, di sini, awal pagi semalam.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.44 pagi.

Katanya, sepasukan lapan anggota bersama jentera diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Syed Salipudin Habib Taha dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati kebakaran sedang berlaku membabitkan tujuh blok rumah pekerja dengan satu blok mempunyai 10 pintu manakala enam blok lagi mempunyai 120 pintu yang terbakar sepenuhnya.

“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran, satu pancutan dengan sumber air daripada pili bomba berdekatan,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Menurutnya, operasi memadam kebakaran turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Felda.

“Api berjaya dikawal pada jam 6 pagi, sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya jam 6.57 pagi dan tiada mangsa dilaporkan terbabit.

“Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement