Anda di sini

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok

Advertisement
Alfrina yang berusia enam tahun menyalakan bunga api menggunakan pelita yang dipasang di hadapan rumah keluarganya di Kampung Segedup, Kuching. Umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini, menandakan berakhirnya bulan suci Ramadan. - Gambar Roystein Emmor
Alfrina yang berusia enam tahun menyalakan bunga api menggunakan pelita yang dipasang di hadapan rumah keluarganya di Kampung Segedup, Kuching. Umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, menandakan berakhirnya bulan suci Ramadan. - Gambar Roystein Emmor

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 10 April 2024,” katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

Advertisement