Anda di sini

Pihak berwajib diminta segera baiki kebocoran paip

Advertisement
 Kebocoran paip telah menyebabkan pembaziran.
BAZIR: Kebocoran paip telah menyebabkan pembaziran.

SANDAKAN: Pihak berwajib diminta segera membaiki kebocoran paip yang berlaku di Jalan Lok Luk Lama ke Bandar Indah.

Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Karamunting, Ricky Voon berkata, setelah menerima aduan itu, pihaknya segera turun memantau keadaan itu.

"Tinjauan mendapati paip berkenaan telah bocor sehingga menyebabkan pembaziran bekalan air.

"Perkara ini sudah dimaklumkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan susulan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

 Ricky (kanan) mencatit aduan-aduan yang diterima daripada penduduk kampung.
TINJAU: Ricky (kanan) mencatit aduan-aduan yang diterima daripada penduduk kampung.

Sementara itu, Ricky turut menerima aduan daripada penduduk di Kampung Gelam dan Kg. Seng Kee mengenai tekanan air rendah.

Katanya, para penduduk dikedua-dua kampung berkenaan terpaksa mengambil bekalan air dari kawasan lain.

"Perkara ini juga sudah dimaklumkan kepada pihak berwajib agar tindakan susulan dapat diambil segera," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement