Anda di sini

KTC tawarkan peluang pekerjaan melalui Program Jelalah Amal berbuka puasa

Advertisement
 Dexter ketika berucap di majlis itu.
UCAPAN: Dexter ketika berucap di majlis itu.

BEAUFORT: Program Jelajah Amal Berbuka Puasa merupakan ruang terbaik kepada Syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad meneliti calon yang bersesuaian untuk ditawarkan peluang pekerjaan dalam tempoh terdekat.

Ketua Pengarah Eksekutifnya, Datuk Dexter Lau berkata, syarikat KTC sangat memerlukan calon yang bersesuaian untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan bagi meningkatkan produktiviti syarikatnya di masa depan.

Katanya, KTC kini sudah mengenal pasti beberapa individu berkelayakan sekali gus mengutamakan kepada mereka berasal dari kawasan luar bandar untuk berkhidmat dengan syarikat berkenaan.

“Mungkin kekurangan infomasi individu berasal daripada kawasan luar bandar dikenal pasti agak kurang berkhidmat dengan Kim Teck Cheong.

“Meskipun KTC mempunyai rangkaian cawangan di seluruh negeri, kita akan seimbangkan tenaga kerja di syarikat ini agar membolehkan lebih ramai tenaga berasal daripada luar bandar mampu berkhidmat nanti,” katanya.

Menurutnya, melalui program amal berbuka puasa ini KTC  bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) banyak manfaat diperolehi termasuk mengenal pasti calon yang bersesuaian berkhidmat dengan syarikatnya dalam tempoh terdekat ini.

Mengulas mengenai perkembangan berkaitan, Dexter berkata, KTC bersama UPPM akan meneruskan program Jelajah Amal Berbuka Puasa ini di masa depan.

Menurutnya, hasil daripada 25 hari program jelajah ini beliau banyak belajar berkaitan hasil sumbangan yang mampu memberikan sedikit sinar kepada penerima menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.

“Banyak saya dapat pelajari dengan dapat menyalurkan sumbangan lebih 1500 penerima sumbangan serta memberikan sumbangan baju raya lebih 700 kanak-kanak di seluruh negeri.

 Isteri Dexter bersama kanak-kanak dalam program shopping raya.
CERIA: Isteri Dexter bersama kanak-kanak dalam program shopping raya.

“Program ini sangat menyentuh hati kerana dapat melihat sendiri keadaan penerima sumbangan disamping belajar lebih mengutamakan masyarakat kurang berkemampuan di masa depan,” katanya.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih, Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury dan Pengarah UPPM Sabah, Datuk Awang Kadin Tang.
 

Advertisement