Anda di sini

DBKK kompaun lapan premis di Lintas Plaza

Advertisement
 Kakitangan DBKK semasa memeriksa salah sebuah premis di Lintas Plaza di sini.
PERIKSA: Kakitangan DBKK semasa memeriksa salah sebuah premis di Lintas Plaza di sini.

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan lapan kompaun kepada premis yang melanggar peraturan ditetapkan dalam Operasi Bersepadu Pemeriksaan Perangkap Lemak di Lintas Plaza di sini.

DBKK dalam satu kenyataan berkata, operasi yang dijalankan pada 04 April lalu ditumpukan di premis makanan dan dilaksanakan 20 anggota DBKK terdiri daripada anggota Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB) serta Jabatan Kejuruteraan.

“Sepanjang operasi dijalankan, pasukan penguat kuasa memeriksa 46 unit keseluruhan perangkap lemak daripada 30 premis yang diperiksa.

“Objektif operasi bersepadu ini adalah untuk memeriksa keadaan perangkap lemak di premis makanan di kawasan Lintas Plaza sama ada dipasang mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan diselenggara dengan baik.

“Hasil operasi berjaya mengeluarkan tujuh kompaun mengikut Undang-undang Kecil (Makanan dan Premis Makanan) 1966 dan satu kompaun bagi Undang-undang Kecil (Anti Sampah Sarap) 1984 oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB) DBKK,” katanya.

Menurutnya, DBKK menasihatkan semua pemilik premis makanan dalam kawasan Bandaraya Kota Kinabalu untuk memastikan perangkap lemak di setiap premis makanan dipasang mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan berfungsi dengan baik. 

Katanya, pemeriksaan secara berkala juga akan dilaksanakan oleh DBKK dari semasa ke semasa.

  • oleh
  • Advertisement