Anda di sini

Ana Maria rasmi buka tagal sungai di Kampung Kundasang

Advertisement
 Ana Maria menyempurnakan Upacara perasmian melepaskan anak anak ikan ke sungai Kg Kundasang sempena upacara buka tagal baru-baru ini.
RASMI: Ana Maria menyempurnakan Upacara perasmian melepaskan anak anak ikan ke sungai Kg Kundasang sempena upacara buka tagal baru-baru ini.

PAPAR: Upacara perasmian buka tagal sungai di Zon Manahau Sobu-Polumpung, Kampung Kundasang, di sini telah diadakan di sungai berkenaan baru-baru ini.

Ia dirasmikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Neger (DUN) N.27 Limbahau, Ana Maria Bernadus.

Pengerusi Tagal Kg Kundasang, Marcherd Lodunis, berkata tagal sungai berkenaan mula dikuatkuasa pada 2006 dan kali terakhir tagal dibuka pada tahun 2008.

 Tetamu kehormat dan sebahagian penduduk yang menghadiri upacara pembukaan tagal itu.
LAMBANG KERJASAMA: Tetamu kehormat dan sebahagian penduduk yang menghadiri upacara pembukaan tagal itu.

Hadir sama pada majlis itu Pemaju Mukim Kaiduan-Ovai, Gustin Ramitan dan Ketua Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat Limbahau merangkap Ahli Belia Sabah, Johnny Galvin mewakili ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim. 

Semasa pelancaran, beberapa ekor anak ikan merah dilepaskan di sungai berkenaan.

Serentak itu, beberapa aktiviti diadakan termasuk memasang pukat di beberapa lokasi terpilih.

 Sebahagian ikan hasil tagal yang diperolehi oleh penduduk kampung sempena upacara itu.
LUMAYAN: Sebahagian ikan hasil tagal yang diperolehi oleh penduduk kampung sempena upacara itu.

Sementara itu, Marcherd mengalu-alukan kedatangan tetamu kehormat dan merakamkan terima masih serta penghargaan atas sumbangan yang diberikan. 

Beliau gembira dengan sokongan penduduk menjayakan aktiviti tagal berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berharap kerjasama dan semangat yang ditunjukkan oleh penduduk itu akan menaikkan imej serta menambah lagi lokasi pelancangon di daerah ini.

Katanya, sungai di perkampungan itu memang berpotensi untuk dibangun sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semulajadi.

 Penduduk memasang pukat bagi menangkap ikan selepas kebenaran diberikan dalam upacara buka tagal berkenaan.
TRADISI: Penduduk memasang pukat bagi menangkap ikan selepas kebenaran diberikan dalam upacara buka tagal berkenaan.
Advertisement