Anda di sini

100 asnaf diraikan dalam majlis berbuka puasa, turut terima sumbangan bakul makanan

Advertisement
 Yazid dan Muhammad Khairi merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian asnaf yang diraikan di majlis itu.
ALBUM: Yazid dan Muhammad Khairi merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian asnaf yang diraikan di majlis itu.


KENINGAU: Seramai 100 orang asnaf menerima bakul makanan yang disumbangkan Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik dalam satu majlis yang diadakan di Taman Bandukan Riverside Resort.


Penyampaian sumbangan diserahkan oleh Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor Yazid Mohd Hasnan Tawik mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor itu.


Majlis Berbuka puasa yang diadakan itu dianjurkan Persatuan Pengerak Masyarakat Keningau dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor yang ditaja Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.


Pengerusi Pengerak Masyarakat Keningau Muhammad Khairi Mabin Abdullah berkata majlis yang diadakan itu merupakan program julung kali diadakan dan merancang untuk meneruskannya di tahun akan datang.

 Yazid menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang asnaf di majlis itu.
SAMPAIKAN: Yazid menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang asnaf di majlis itu.


"Terima kasih kepada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah kerana telah menaja majlis berbuka puasa ini dan juga wakil rakyat (Robert) atas sumbangan bakul makanan kepada 100 orang asnaf  Bingkor.


"Saya yakin sumbangan ini amat bermakna khususnya kepada penerima-penerima di bulan puasa dan juga yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini, " katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement