Anda di sini

KYS santuni penduduk Kampung Payas-Payas

Advertisement
 Zulkhairi menyampaikan sumbangan KYS kepada salah seorang penerima disaksikan oleh Pandikar Amin (tengah).
SUMBANGAN: Zulkhairi menyampaikan sumbangan KYS kepada salah seorang penerima disaksikan oleh Pandikar Amin (tengah).

KOTA BELUD: Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) menerusi Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara (ZPBU) mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat, Jumaat lepas.

Majlis yang mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Masjid Al-Amin diadakan di Masjid Al-Amin, Kampung (Kg) Payas-Payas, Kota Belud.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pengerusi Tanjung Aru Eco Development (TAED)/Special Envoy BIMP-EAGA, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dan Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon Kumpulan Yayasan Sabah, Zulkhairi Haji Ismail.

Dalam keprihatinan terhadap golongan yang amat memerlukan, Kumpulan Yayasan Sabah turut menyumbang kepada seramai 30 orang Asnaf pada majlis berkenaan.

Perkongsian ilmu agama turut diadakan menerusi tazkirah yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Daiman Salalah mengenai nilai-nilai dan hikmah Ramadan.

Seramai 150 orang penduduk Kg. Payas-Payas hadir dalam majlis yang bukan sahaja menjadi platform untuk mempererat silaturahim antara masyarakat setempat, malah turut menjadi wadah bagi pembangunan sosiobudaya komuniti.

  • oleh
  • Advertisement