Anda di sini

UPPM Karamunting santuni penduduk yang sakit

Advertisement
 Chew (dua kiri, depan) ketika bertemu dengan pesakit berkenaan.
PRIHATIN: Chew (dua kiri, depan) ketika bertemu dengan pesakit berkenaan.

SANDAKAN: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Karamunting turun padang menyantuni penduduk kampung yang kurang bernasib baik.

PPM Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, beliau bersama Ketua Kampung Kg. Karamunting Baru Awang Japar dan Penyelia UPPM Naz Lee melawat penduduk yang sakit terlantar akibat jangkitan kuman pada kaki kanan.

"Kita mengadakan lawatan kepada penduduk yang tinggal di Kg Sheng Kee Darat Tanah Merah.

"Berdasarkan makluman yang diterima, pesakit telah pergi berkerja di Kudat pada awal bulan Januari lalu, pada Februari lalu, dia telah memakan sejenis makanan laut yang tanpa disedari mempunyai kuman, seterusnya menyerang kakinya," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, setelah pembedahan kecil dilakukan di Hospital Kudat, dia kemudian dipindahkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk pemeriksaan lanjut.

Chew berkata, dalam lawatan itu, pihaknya telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa bagi meringankan bebanan.

"Saya juga akan berhubung dengan pegawai Jabatan Kebajikan Daedah Sandakan untuk membantu mangsa memohon bantuan kebajikan," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement