Anda di sini

Rumah, empat kenderaan terbakar

Advertisement
 Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian.
PADAM: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian.

KUDAT: Penghuni di sebuah rumah bukan hanya diuji kehilangan rumah menjelang Aidilfitri tetapi juga kehilangan empat kenderaan selepas terbakar di Kampung Andap Jawa di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kejadian jam 12.30 tengah hari memusnahkan tiga kereta sedan termasuk kereta jenama antarabangsa dan sebuah lori.

Katanya, bertindak dengan panggilan kecemasan diterima pada jam 12.35 tengah hari, sepasukan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat bergegas ke lokasi sejauh 20 kilometer.

Tambahnya, operasi pemadaman turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Ayer.

“Kebakaran memusnahkan sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 60X40 kaki persegi serta empat kenderaan termasuk sebuah Lori terbakar sepenuhnya.

“Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran, 200 kaki, dua pancutan daripada sumber air tangki jentera dan kebakaran dikawal jam 1.27 petang.

Katanya, tiada kecederaan dilaporkan dalam kes ini dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

  • oleh
  • Advertisement