Anda di sini

Postecoglou puji prestasi cemerlang Johnson 

Advertisement
POSTECOGLOU
POSTECOGLOU

LONDON: Ange Postecoglou memuji pengaruh semakin kuat Brennan Johnson dalam penampilan sulung pemain penyerang itu di Tottenham Hotspur.

Johnson menyertai Spurs pada hari terakhir pasaran perpindahan pemain pada bulan September dengan yuran 47.5 juta pound dari Nottingham Forest dan pada awalnya bergelut mencari rentak, dengan hanya satu gol dijaringkan dalam separuh pertama musim ini.

Tetapi pemain antarabangsa Wales berusia 22 tahun itu sudah menemui rentak sejak bulan Disember, menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Brentford dan Brighton selain membuat sumbangan penting apabila dimasukkan dari bangku simpanan pada perlawanan menentang Crystal Palace dan Luton Town.

“Brennan cukup hebat hujung minggu lepas,” kata Postecoglou ketika melihat prestasi Johnson dalam kemenangan 2-1 ke atas Luton, menjelang perlawanan lewat menentang West Ham United.

“Dia masih muda, dia berkembang. Dia berpindah ke sebuah kelab besar di mana ada jangkaan yang tinggi apabila anda melakukan perpindahan dengan yuran yang besar tetapi apa yang paling penting, saya fikir dia menanganinya dengan sangat baik.”

JOHNSON
JOHNSON

Jurulatih dari Australia itu menambah: “Dia bermain dua perlawanan dalam kesebelasa utama sebelum masuk dari bangku simpanan, dia bermain dengan baik menentang Aston Villa.

 Dia bermain agak hambar menenang Fulham tetapi hampir semua pemain juga tidak bermain dengan baik menentang Fulham. 

Menentang Luton, dia masuk dari bangku simpanan dan membuat satu impak.

“Dia mula memahami permainan dengan lebih baik dan semakin bagus dia menyesuaikan diri dengan cara kami bermain, semakin berkembang permainannya. Seperti yang saya katakan, dia menangani semua itu dengan lebih baik tahun ini.”

Spurs, yang berada di tangga kelima liga ketika ini, masih tidak dapat menurunkan Fraser Forster, Ryan Sessegnon dan Manor Solomon kerana kecederaan tetapi Micky van de Ven mungkin boleh diturunkan di benteng pertahanan selepas disenaraikan di bangku simpanan ketika menentang Luton namun tidak diturunkan setelah baharu pulih dari kecederaan. — AFP
 

Advertisement