Anda di sini

Mercu tanda Bario mampu jadi tarikan pelancongan

Advertisement
Gerawat dan Philip bersama yang lain merakam kenangan di hadapan mercu tanda baharu Bario. - Gambar UKAS
Gerawat dan Philip bersama yang lain merakam kenangan di hadapan mercu tanda baharu Bario. - Gambar UKAS

KUCHING: Mercu tanda 'Bario' yang baharu siap dipasang dijangka mampu menjadi tarikan pelancongan di kawasan tanah tinggi di utara negeri ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala dalam laporan UKAS, berkata pembangunan mercu tanda itu adalah satu fasa pembangunan Taman Komuniti Bario yang bakal disiapkan pada masa hadapan.

“Fasa ini melibatkan penaikkan mercu tanda tersebut dan pembinaan jalan naik ke bukit untuk pengunjung taman menikmati pemandangan yang indah,” jelasnya semasa ditemui media pada lawatan kerja ke Bario, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu itu juga merakamkan perasaan penghargaan terhadap Majlis Bandaraya Miri yang mengusahakan pembangunan mercu tanda ini dan Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) atas peruntukan disalurkan.

Turut hadir ialah Presiden Rurum Kelabit Sarawak Dato Dr Philip Raja. 

Advertisement